Posts

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG

Image
Pemuda UMNO Pahang menyangkal dakwaan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali bahawa majlis pecah tanah ECRL yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung hari ini tidak memegang prinsip kenegaraan, tidak patriotisme dan bersifat Pro-China. Untuk pengetahuan Syed Hassan, bahasa Melayu digunakan dalam ucapan Perdana Menteri dan Pengerusi MRL tetapi memandangkan budaya kita sebagai orang Islam menghormati tetamu, itu sebabnya kita ada menggunakan khidmat penterjemah bahasa. Persembahan pentas menunjukan identiti budaya Malaysia, di mana penyambut tetamu juga berpakaian kebaya malah majoriti yang hadir dalam majlis bersejarah itu adalah rakyat Malaysia. Bacaan doa juga sepenuhnya dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan kita dan Jalur Gemilang dipasang megah di atas pentas utama. Saya yakin sekiranya saudara Syed Hassan hadir pada majlis hari ini, beliau akan melihat semua yang diperkatakan ini. Identiti Malaysia tidak akan hilang deng...